Wednesday, August 12, 2009

Tips Melangsingkan Badan

Salam...hari ni terasa nak share sikit maklumat nak jaga kesihatan serta melangsingkan badan. Maklumat ni pun aku dapat daripada seorang teman yg tak lokek nak berkongsi maklumat ni dengan aku..aku pun nak sebarkan la...kalau kita boleh amalkan ni dan berdisiplin untuk membina imej dan penampilan yang sempurna InsyaAllah kita akan berjaya... Selamat Mencuba..

Tips melangsingkan badan tanpa ubat-ubatan

Artikel daripada Bawang Goreng

Tubuh yang langsing dan cantik merupakan igauan setiap manusia normal, terutamanya bagi golongan wanita. Tetapi, adakah impian anda untuk langsing, cantik dan sihat akan terlaksana sekiranya anda menahan diri daripada menyentuh makanan?Berikut disenaraikan 26 tips untuk anda memiliki tubuh yang langsing dan sihat yang boleh anda lakukan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar atau mengundang risiko pengambilan bahan-bahan kimia yang berpotensi menjejaskan fungsi organ dalaman dan kesihatan anda.Namun anda perlu mendisiplinkan diri mengikut tip-tips yang diberi agar anda dapat menikmati hasil yang memuaskan.

Tips # 1 –
Jangan berlaparMakanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil, tubuh anda akan terkejut. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh anda menjadi lebih rendah daripada biasa. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kemabli ke paras normal, tetapi metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

Tips # 2 –
Ambil sesuatu yang pahit sebelum makanMinumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

Tips # 3 –
Minum 8 gelas air sehariAir mampu mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolismekan simpanan lemak di dalam badan. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan kuantiti yang banyak.

Tips # 4 –
Elakkan minum minuman bergasMinuman berkabonat atau bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


Tips # 5 –

Kurangkan pengambilan garamPengambilan garam yang berlebihan akan menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air di dalam badan.

Tips # 6 –
Ambil sarapan pagiAnda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu jajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

Tips # 7 –
Makanlah perlahan-lahanNikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh atau gelojoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

Tips # 8 –
Kunyahlah makanan dengan sempurnaKunyahlah makanan anda kepada cebisan yang lebih kecil sebelum anda menelannya kerana dengan cara ini, ia lebih mudah untuk dihadamkan. Elakkan makan bersulam air kerana ini akan membuatkan perut anda buncit.

Tips # 9 –
Makan lebih kerapBiar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Tips # 10 –
Kurangkan lemak/minyakKurangkan pengambilan marjerin, mentega dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

Tips # 11 –
Elakkan makan makanan ringan/snekJika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa pudina (mint) atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Tips # 12 –
Minuman masamApabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang manis (kurang gula). Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32kilo kalori.

NB: Anda boleh cuba minum air masak (kosong) yang direndam dengan sepotong lemon. 2-3 gelas sehari mampu membuatkan badan anda langsing.

Tips # 13 –
Lebihkan sajian buah-buahan dan sayur-sayuranBuah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat (fibre) dan kandungan lemak yang rendah. Anda digalakkan mengambil hidangan buah-buahan sebelum makan dan bukan sebaliknya kerana buah-buahan mempunyai kandung air yang tinggi dan cepat mengenyangkan perut. Jadi, anda akan makan tengahari/malam dalam kuantiti yang kurang.

Tips # 14 –
Timbang berat badanJangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

Tips # 15 –
Makanan berempahAmbil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, halia, lada hitam, biji sawi dan jintan manis didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

NB: Untuk mengempiskan perut yang boroi, cuba rebus 2 sudu jintan manis (atau daun pokok kaduk) dengan 2 cawan air, tinggalkan air rebusan sehingga lebih kurang secawan dan boleh diminum. Amalkan selalu, pasti anda tidak akan kecewa, insya Allah.

Tips # 16 –
Makan lebih bijirinPilihlah lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan anda. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil Bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Tips # 17 –
Diari makananSimpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan brat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada pola keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhatikan dan kenal-pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

Tips # 18 –
Bekas makanan yang sesuaiKetika memilih pinggan makanan, ambillah pinggan yang rata dan bukan pinggan yang cekung. Ambil sayuran terlebih dahulu untuk memenuhi pinggan, kemudian baru ambil nasi dan yang terakhir sekali, ambillah lauk yang anda ingin makan (daging/ayam/ ikan). Jika ingin tambah, hanya sayuran saja yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sebarang tempat, apa lagi sambil menonton TV. Sebabnya, makin menarik program TV, semakin banyak makanan yang mampu anda habiskan!

Tips # 19 –
Tumpukan perhatian andaTumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Tips # 20 –
Tukar cara memasakCara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

Tips # 21 –
Lakukan aktiviti ringan Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan yang anda makan. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Tips # 22 –
Tukar tabiat berbelanjaKhusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.Jangan lupa membuat catatan saat membeli-belah untuk mencegah pembelian barang-barang yang tidak diperlukan. Dengan cara ini keinginan anda akan terbatas dan anda tidak perlu lagi membeli sebarang makanan ringan yang boleh menaikkan berat badan.

Tips # 23 –
Berhenti sebelum kenyangHah… ikutlah sunnah Rasulullah. Makanan yang terlalu mengenyangkan perut akan membuat badan menjadi lemas dan mengganggu aktiviti ibadah. Rasulullah SAW pernah bersabda dan memberi teladan, “jangan makan sebelum lapar dan berhentilah makan sebelum kenyang.”Imam Al Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin mengutip pernyataan seorang syaikh dalam sebuah perjamuan makan: Hai orang-orang yang menghendaki akhirat, janganlah kamu makan terlalu banyak, lalu kamu minum banyak, maka kamu akan tidur banyak sehingga kamu akan menyesal ketika mati. Ini adalah pokok yang besar yaitu meringankan perut dari beratnya makanan.

Tips # 24 –
Hentikan makan setelah lewat malamHindari makan ketika lewat malam. Jika boleh, jangan makan selepas jam 8 malam. Para pakar diet mengatakan ruangan gelap dan kegelapan malam boleh membuatkan kiat makan berlebihan. Cubalah tidur lebih awal supaya anda atidak terasa untuk mengunyah makanan.

Tips # 25 –
Setkan target dan cari sumber inspirasi Lakukan sesuatu! Gunting gambar baju atau seluar jeans yang anda sukai. Jadikan ia sebagai inspirasi untuk anda menguruskan badan. Tanamkan dalam diri anda bahawa baju yang anda sukai itu akan dapat anda pakai, suatu hari nanti.

Tips # 26 –
Lakukan beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing.Usahalah berjalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat. Saya perhati orang perempuan suka sangat berjalan melenggang-kangkung . Sebelum marahkan saya, cuba anda perhatikan cara mereka berjalan, terutama sekali ketika waktu makan tengahari... Aduhai... kalau di negara matahari terbit, anda tentu dilanggar oleh orang lain (rakyat di sana berjalan seolah-olah mengejar masa, tidak kira lelaki atau perempuan).Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam mampu membakar kalori, anda akan lebih banyak kehilangan lemak di badan.
Bersenam atau membuat peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
Sekali-sekala anda boleh memanjakan diri ke spa atau sauna. Urutan seluruh tubuh dan suhu yang panas mampu memecahkan lemak-lemak di badan anda.

Wednesday, June 3, 2009

Bukti Aku Di KucHing







Lalalalallaaaaaa.....Ada org duk tanya aku btl ke aku kat Bandaraya Kuching..? so kali nih aku tunjukkan bukti bahawasanya aku berada di sini...apa lagi aku ambil la kesempatan bergambar dgn patung kucing...hikhikhik...kawan2 jgn jeles ye...harap kawan2 dah percaya la dgn bukti yang aku tunjuk ni...

Monday, May 18, 2009

Melepaskan gian terhadap hobi lama....
















Fuhhhhh.....akhirnya aku jumpa gak geng kat sini yg punyai hobi sama mcm aku....jadi pada tanggal 16/05/2009 bersamaan HARI GURU dan juga BIRTHDAY kawan baik aku ( Happy Birthday ALoNG, May Allah Bless You n happy forever...),kami telah membuat 1 plan yg agak baik juga la...yang mana kami seramai 12 org (1 org perempuan & 11 org lelaki) telah sepakat utk menawan puncak Gunung Santubong....tepat jam 7.30 pagi kwn aku dtg menjemput aku kat rmh dan bersarapan dulu di Bismi Restoran....Lepas semua hbs bersarapan kami bertolak ke Santubong....Aku menoleh jam di pergelangan tangan ku menunjukkan jam tu jenis ESPRIT...hehehe...manakala jarum jam berada di antara no 8 & 9, jarum minit plak berada hampir dengan no 10, jarum saat plak hilang entah kemana.... jarum jam & minit x sempat nak kejar yop....merapu lak aku nih, dipendekkan cerita kami mula mendaki kul 8.50am....x sampai semeter pendakian kami dapati 3 orang daripada kami telah menyerah kalah...mereka telah mengundurkan diri..dan yang selebihnya meneruskan pendakian....misi mesti diteruskan.....daripada pendakian ini dapatlah aku mengenali sifat sbnr kwn2 aku ni...heheheheheeeee, pelbagai ragam yg dpt dilihat....ada yg x sampai kaki nak panjat, ada yg mengigil (gayat dgn tmpt tinggi), pura2 pingsan pun ada gak...tp ada yg x larat...semput tgh jln..cakap je besar...hehehehheheh...malu dgn aku ni yg pompuan....disebabkan ramai yg semput maka, kami memutuskan utk berpatah balik jer....pendakian kami hanyalah sampai 3/4 daripada puncak...disitu telah membuatkan aku frust bangat....x pa nanti lain kali akan ku tawan puncak Santubong....terun dari gunung Santubong kami telah singgah di jeram yg cetek dikaki gunung tu utk bermandi manda....disebabkan tak puas ati gak dgn jeram yg cetek tu kami tlh membuat perancangan akan ke tempat pekelahan (air terjun ) yg lbh bagus lg next time....harap2 menjadi lar....

Saturday, April 25, 2009

Hari Politeknik
















Oi,lama dah x tulis news pasal aku....nak kata busy x da ar....tapii ntah knp tak berkesempatan...Tanggal 25/04/2009 PKS ada anjurkan Hari Politeknik, aku ada la juga ambil bahagian daripada tak der langsung...hehehe...buat pertAma kalinya aku telah mewakili jabatan aku dalam upacara paintballll....hehehe, kira ok la Jabatan aku telah berjaya mendapat tempa t ketiga...tu pun aku terpaksa mengadai nyawa...hahahahha....kami memasanengan strategi dgn mengumpan aku yang mana aku terpaksa menjadi kambing hitam.....hukhukhuk...dapat la juga 2 das tembakan yang menyebabkan bahagian badanku yg terkena tu lebam dlm 2-3 minggu....huhuhuhu...adui ,sakitnya....tapi tak aper aku rasa enjoy n happy...dari situ bertambah mesra lagi lah hubungan kami satu jabatan.....

Monday, March 16, 2009

F@miLy D@Y JKM
















Peserta : Semua Saff JKM & Family (bagi yg dah Kawin, yg single dtg solo ar..)
Tempat : Damai Puri Resort Santubong, Sarawak
Tarikh : 14-15 Mac 2009 (17-18 rabiulawal 1430 H)
Anjuran : JKM (Sempoi)
Tema : Jana Kecemerlangan Mekanikal


Akhirnya, kami sampai juga di tempat yang dirancangkan lebih kurang jam 2pm...sepatutnya kami dah boleh check in, but diatas kesilapan teknikal pihak hotel menyebabkan ada sesetengah ahli daripada rombongan ini ak dapat nak check in...kami diarahkan supaya menyimpan barang2 kami di sebuah bilik kecil di lobi hotel....mana boleh mcm tu..!!! Tak puas ati..tak puas ati betul..bayar mahal2.. Katanyer familyday mesti la ada xtvt..hehehe...ptg tu kami adakan beberapa games utk isi masa yang berbaki sikit...antara gamesnya ialah main carom, anyam ketupat, jahit huruf, bagi mak2 n ayah2...hehee, bagi kanak2 lak ader la gigsaw puzzle & mewarna...lps asar kami rancang nak bt perlawanan bola tampar pantai & mencari harta karun tapi x dpt sb ptg tu Allah telah menganugrahi kami dgn hujan....heheehee, aku tak ambil bhgn pun dlm semua acara tu...sebab aku jd jurupoto x bertauliah....mlm plak kami ader dinner dan penyampaian hadiah bagi yg menang. bagi yg tak menang kita cuba tahun hadapan...kui..kui...kui.....sambil2 mkn tu kami disajikan dgn beberapa buah lagu yg didendangkan oleh peserta2 karaoke (staf JKM ROCK)...KJ pun tak lepaskan peluang ni...Erm, sambil2 mkn tu, staf JKM tlh membuat kejutan kepada KJ bagi meraikan hari jadi belliau dgn upacara memotong kek & menyampaikan sedikit cendrahati... Selesai sudah upacara dinner mlm tu kami (geng sinngle) keluar lepak2 kat tepi pantai....huhuhuhu....layan blues........




















































Sematan yang lepas

pemandangan kat tepi pantai Sematan
Merenung nasib diri dirantauan...hikhik



Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.....bg.ku plak...alang2 aku dah ke Sarawak, biarku jelajah seluruh negeri ini...heheeee...kali ni aku ke Sematan plak..jalan sakan,dr rmh aku ke sana lbh krg 90+Km..tp utk jalan sanggup aje...haha walaupun hari hujan, kami redah juga...kat sana bkn ada aper pun, sebab dah janji dgn kakak kwn housemte aku, so kami pergi la jugak...maklumla dah janji,aku klu janji tak blh klu tak tunaikan..kan pepatah pada janji....kat Sematan, biasa jer, klu nak cari iikan segar blh la....Sebelum balik kami dibawa ke tepian pantai, lepak2 jap pas tu balik...heheheehehe, kami dibekalkan dgn udang dan ikan yg segar.bal..so, dlm 2 3hari ni kami tak perlu beli lauk la....rezeki org kata jgn ditolak...

Thursday, March 12, 2009

Sehari Sebelum Hari keluarga JKM

Italic


Jabatan kami dipenuhi dgn hamper...toleh belakang hamper, toleh kiri hamper, toleh kanan hamper....siapakah yg bertuah akan membawa pulang hamper2 tersebut....so, kita tunggu dan lihat esok di hari keluarga....